Pages

Thursday, June 16, 2011

Perkara Yang Tak Suka Bila Kenduri Kahwin

Sekarang musim orang majlis kenduri kahwin. Bulan mula merajinkan diri hadir ke majlis kenduri kahwin selepas habis je belajar dan balik rumah. Mak bulan pun pelik, sebelum ini macam tak ada minat je nak ikut pergi majlis kahwin tapi sekarang rajin pulak.

Bulan bagi alasan yang agak munasabah, sesaja nak kenal saudara mara, biar jauhkan fikiran mak dari ingat yang bulan nak kahwin ke apa. Okey, topic entri ini, majlis orang kahwin atau majlis kenduri kahwin atau majlis walimatul urus. Ada beberapa perkara yang bulan tak suka dengan majlis kahwin nih.

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Kena Salam Berisi?

Sepanjang musim cuti sekolah kali ini, memang ramai yang menjadikannya sebagai musim majlis perkahwinan. Senang cakap, musim orang kahwin. Berdasarkan koleksi kad jemputan ayah dan mak bulan, sabtu dan ahad minggu yang pertama cuti sekolah sudah diisi dengan majlis-majlis kenduri kahwin. Biasanya kalau pergi ke majlis kenduri kahwin, mesti nak kena ada salam berisi untuk tuan rumah. Orang kita selalu sebut salam berisi, atau salam keruk. Kalau orang jawa pulak sebut bece’an (bey-cey’-an).

Mengapa kena ada salam berisi dengan tuan rumah? Adakah benda itu satu kemestian? Wajib kah? Bukankah tuan rumah jemput datang untuk meraikan anaknya yang baru je mendirikan rumah tangga, bukannya mintak derma? Adakah rasa malu kalau salam tak berisi?

Wednesday, June 8, 2011

Sony Computer Perkenalkan Play Station Vita


Syarikat gergasi permainan konsol, Sony Computer Entertainment elah memperkenalkan peranti permainan mudah alih, Play Station Vita (PSV). Bakal dipasarkan pada 17 Disember 2011 di Jepun, manakala di eropah dan pasaran amerika pula pada 22 Februari 2012. PSVita adalah kesinabungan kejayaan peranti Play Station Portable (PSP) yang diperkenalkan sejak 2005.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...