Pages

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Kena Salam Berisi?

Sepanjang musim cuti sekolah kali ini, memang ramai yang menjadikannya sebagai musim majlis perkahwinan. Senang cakap, musim orang kahwin. Berdasarkan koleksi kad jemputan ayah dan mak bulan, sabtu dan ahad minggu yang pertama cuti sekolah sudah diisi dengan majlis-majlis kenduri kahwin. Biasanya kalau pergi ke majlis kenduri kahwin, mesti nak kena ada salam berisi untuk tuan rumah. Orang kita selalu sebut salam berisi, atau salam keruk. Kalau orang jawa pulak sebut bece’an (bey-cey’-an).

Mengapa kena ada salam berisi dengan tuan rumah? Adakah benda itu satu kemestian? Wajib kah? Bukankah tuan rumah jemput datang untuk meraikan anaknya yang baru je mendirikan rumah tangga, bukannya mintak derma? Adakah rasa malu kalau salam tak berisi?


Hampir (kesemua) tetamu yang hadir ke majlis kahwin akan salam berisi dengan tuan rumah. Bulan pergi ke kota tinggi untuk menghadiri majlis kahwin baru-baru ini. Selepas kenyang melantak nasi minyak bersama 2 ketul ayam goring ala kehepci dan beberapa tulang rusuk daging kambing yang marbeles, sesaja lah duduk di sebelah anjung rumah. Dari dok bercerita, sambil-sambil perhatikan jugak si tuan rumah bersama isterinya duduk di anjung depan pintu utama. Setiap minit, sekurang-kurangnya lima orang datang bertandang dan bersalam dengan si tuan rumah. Itu situasinya.

Berbalik pada tajuk entri, bagaimana salam berisi ini membantu tuan rumah (sebenarnya) untuk mengadakan majlis kahwin? Rasionalnya, seperti yang kita tahu lah kan, belanja kahwin kan makin tahun makin mendadak naiknya. Harga minyak naik, maka harga barang pun naik, harga pelamin, mekap, hantaran semua pun ikut naik. Nak buat majlis kenduri kahwin, modal paling kurang pun RM5000.00 bak kata kawan bulan yang dah kahwin baru-baru nih. Jom berotak bisnes kejap, bayangkan setiap minit je 5 orang tetamu salam berisi dengan nilai RM10.00 setiap sampul (warna merah jambu biasanya). Kalau jemput tetamu sampai 500 orang, berapa dah dapat? Tu tak termasuk anak beranak dalam kalangan 500 orang lagi, bercabang-cadang dah. Boleh untung kan?

Dari sudut yang positif, salam berisi sebenarnya dalah satu bentuk pelaburan..hahaha lawak lah bila bagitau, tapi memang iye. Macam mak abah bulan kan, tiap kali orang jemput majlis kahwin diorang akan hadir. Sebenarnya, atas niat nak membantu sesame kita je. Kita kan orang melayu suka tolong menolong. Tapi itu kalau niatnya betul. Pulangan pelaburan yang kita dapat adalah bila mana giliran kita pulak buat majlis kenduri kahwin nanti. Tapi taklah sampai mengharap, aku dah tolong kau dan kau kena tolong aku. Nak lebih berkat, yang ikhlas tulah yang akan dibawa sampai ke syurga, betul tak?

Tak ada masalah pun nak salam berisi ke tidak. Nak buat boleh tapi kena ikhlas dan bukan terpaksa, tak nak buat pun boleh sebab tuan rumah dah jemput kita. Kan kan? Ish, skema tul ayat~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...