Pages

Thursday, June 16, 2011

Perkara Yang Tak Suka Bila Kenduri Kahwin

Sekarang musim orang majlis kenduri kahwin. Bulan mula merajinkan diri hadir ke majlis kenduri kahwin selepas habis je belajar dan balik rumah. Mak bulan pun pelik, sebelum ini macam tak ada minat je nak ikut pergi majlis kahwin tapi sekarang rajin pulak.

Bulan bagi alasan yang agak munasabah, sesaja nak kenal saudara mara, biar jauhkan fikiran mak dari ingat yang bulan nak kahwin ke apa. Okey, topic entri ini, majlis orang kahwin atau majlis kenduri kahwin atau majlis walimatul urus. Ada beberapa perkara yang bulan tak suka dengan majlis kahwin nih.


1) Muzik dan karaoke. Kalau dah sampai mengganggu dek bunyi bising, suara melalak plus tak sedap, menanyi syok sendiri dan lagu yang tak sesuai langsung, baik tak payah ada khidmat dj ke hape jenis sistem bunyi pun kat majlis perkahwinan tuh. Apa signifikannya lagu dangdung dengan majlis meraikan perkahwinan? Lagu pulak mendayu-dayu, lirik pasal putus cinta, dinyanyikan kat majlis kahwin.

2) Lalat pun nak jadi tetamu. Paing bulan benci bila tengah nak makan, lalat tu lah paing banyak kat tempat meja makan. Bulan nak makan, bila makan kena senang hati. Kalau dah lalat dok berkerumun banyak atas meja, senang hati apanya nak makan. Dah niat nak kenyangkan perut terbantut. Apa lah susah sediakan perangkap lalat ke, yang pelekat lalat tu pun jadilah. Tak menjaga kebersihan betul.

3) Pencuci tangan kurang/tak ada. Walaupun bulan suka jilat jari lepas makan (sunah kan), tapi memang nak kena basuh tangan jugak. Bila cari tempat basuh tangan, tak ada. Kalau ada pun bawah tu lecak dengan bekas air basuhan. Kalau nak ikutkan nak je makan guna sudu, tapi nak kena mintak kat belakang. Takkan nak bawa sudu sendiri?

Setakat ini itu aja kot, yang bulan tak suka bila datang ke majlis kenduri kahwin. Korang macam mana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...