Pages

Friday, October 28, 2011

Nokia Lumia: WP Pertama Nokia


Nokia telah melancarkan siri peranti pertamanya yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7 semasa di Nokia World 2011 baru-baru ini. Nokia Lumia 800 diperkenalkan selepas sekian lama nokia menggunakan sistem operasi ciptaannya sendiri, symbian di setiap siri peranti yang telah dikeluarkan. Turut sama dilancarkan dalam siri Lumia adalah peranti Nokia Lumia 710 yang turut menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.

Nokia Lumia didatangkan dengan skrin 3.7" ClearBlack AMOLED, cip pemproses 1.4GHz Scorpion CPU, 512 MB RAM dan storan 16GB. Selain itu, Nokia Lumia 800 ini juga dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel bersama cerahan lensa f/2.2 dan mampu merakam video berdifinisi tinggi, 720p video@30fps. Pun begitu, rekabentuk fizikal Nokia Lumia 800 dikatakan serupa dengan siri Nokia sebelum ini, Nokia N9. Berbeza dengan Nokia Lumia 800, Nokia Lumia 710 dikeluarkan bersama kamera 5 megapiksel sahaja.

Penyertaan Nokia dalam penggunaan Windows Phone 7 di dalam sistem operasi peranti keluarannya bakal meningkatkan saingan bersama-sama dengan sistem operasi android keluaran Google dan juga ios daripada Apple. Bulan harap selepas ini akan lebih banyak aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun untuk sistem operasi Windows Phone 7.

Diolah dan gambar dari GSMArena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...