Entri ni bulan nak cerita tentang watak kartun, anime, manga, komik si kucing biru yang satu dunia dah kenal lagi berkenan nak membela kalau dia benar-benar wujud. Siapa lagi kalau bukan doraemon. Dulu masa bulan kecik, selalu mengadap televisyen waktu maghrib dan solat sepantas beberapa puluh saat sahaja semata-mata untuk menonton kartun ini.
Siapakah Doraemon?
Doraemon ni sebuah robot kucing yang sangat comel. Populariti doreamon memang tinggi, sebabnya dia ada macam-macam gajet yang boleh tunaikan permintaan nobita. Mintak iphone pun boleh. Bulan tak nak cerita pasal watak-watak lain sebab semua pun dah tahu. Jadi entri nih, bulan senaraikan 10 perkara menarik yang anda kena tahu kalau mengaku yang anda peminat nombor satu doraemon. Peminat nombor 2 atau seterusnya, sila baca juga:
1. Maksud 'Doraemon'
Doraemon adalah gabungan dua suku kata, iaitu 'dora' dan 'emon'. Dora adalah lingkungan perkataan 'nora' yang berasal dari perkataan 'nora-nero', dengan membawa maksud 'kucing liar'. 'Emon' pulak adalah tambahan nama bagi manusia atau haiwan jantan. Jadi, bila digabungkan jadilah 'kucing liar jantan'. Hek'eleh.
2. Tarikh doraemon dicipta.
3 September 2112.
3. No. produk siri doraemon.
Ada. MS-903. Cuba cari kat mana..
4. Nombor tuah buat doraemon.
1293. Semuanya tentang spesifikasi. Berat doraemon ialah 129.3 kg, tingginya 129.3 cm, mampu berlari sehingga 129.3 km/jam ketika dalam ketakutan dan melompat setinggi 129.3 meter bila terancam. Kekuatan doraemon sehingga 129,3 bhp dan lingkaran tangannya sebesar 129.3 mm, kakinya pula berdiameter 129.3 mm. Doraemon dihasilkan pada 3 september 2112 (2112/9/3).
5. Teman betina doraemon.
Ada, semasa abad ke-22. Namanya Naramyako. Kucing robot jugak, tapi warna merah jambu tau. Mereka berpisah sebab, naramyako rasa doraemon terlalu pendek sebab telinga doraemon dimakan dek tikus. La.. kesian. Kelakar pun ada..
6. Kuning adalah warna asal doraemon.
Adui, kenapa berubah warna? Ceritanya begini, setelah sedar yang telinganya digigit tikus, si doraemon ni pun tertekan, lalu menyelinap masuk ke sebuah menara yang ada banyak air ramuan. Doraemon minum air ramuan yang berlabel 'kesedihan'. Semasa doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah. Kesiannya engkau, encik mon.. Sebab tulah, sampai sekarang asyik trauma dengan tikus.
7. Nama sekolah doraemon.
Doraemon pun sekolah jugak dan nama sekolahnya 'Robot School'.
8. Doraemon dan Dorami adalah saudara.
Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa oraemon dan dorami ni bersaudara. Kisahnya semasa under-construction, doraemon dan dorami ni berasal dari satu tangki minyak yang sama, dan doraemon 'lahir' 2 tahun lebih awal daripada dorami. Dorami juga adalah pengganti doraemon, di mana keluarga Sewashi (generasi keturunan nobita di abad ke-22) membelinya.
9. Doraemon tak sehebat Dorami.
Sama macam gajet sekarang, the latest version is better than the older. Dorami ada kuasa yang mampu dihasilkan sebesar 10,000 kuasa kuda. Bandingkan keupayaan doraemon yang hanya 129,3 bhp tuh. Mampu?
10. Dorami pengganti Doraemon.
Yap. Kalau kita tengok kartun atau baca komik doraemon, dorami akan datang untuk menjaga nobita kalau doraemon ada urusan penting atau outstation..haha Faham-faham lah nobita macam mana, dah lah lembab, selalu kena buli pulak tuh. Selalu je menangis.
Okey, dah puas hati? Pernah terfikir tak, adakah doraemon akan mati? Rasanya tak kot. Fujiko Fujio, pelukis dan pencipta komik doraemon sudah meninggal dunia pada 23 september 1996, tapi karyanya diteruskan oleh pelukis lain. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat mendiang pakcik fujio yang banyak buat zaman kanak-kanak seluruh dunia gembira dengan kartunnya. Biarlah doraemon sebuah robot, jangan seorang manusia sudah. Ha, cuba teka, kenapa doraemon suka dorayaki?