Salam SSPN buat semua. Tahu kan apa itu SSPN? SSPN ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional. SSPN adalah diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Deposit minima perlu dimasukkan bagi sekali pembukaan akaun dan digalakkan dibuka di mana-mana cawangan bank terpilih (Maybank digalakkan). Mungkin tak ramai yang tahu cara-cara hendak mengeluarkan duit simpanan sspn itu. Yelah, mana tahu nak guna untuk keperluan lain. Jadi, caranya begini:
Ada tiga pilihan pengeluaran, sama ada keluarkan duit secara tunai, pos cek ke alamat rumah atau tutup akaun dan dikreditkan ke dalam akaun bank pilihan.
Salinan yang kena ada:
1. Salinan kad pengenalan.
2. Salinan kad sspn.
3. Salinan muka depan buku akaun/penyata akaun (kalau nak dipindahkan terus ke dalam akaun bank). Untuk salinan penyata akaun, jangan lupa minta cop pengesahan bank.
4. Salinan surat tawaran masuk ipta@ipts.
Yang harus dibawa:
1. Kad pengenalan.
2. Kad sspn
3. Buku akaun bank.
Borang yang harus diisi:
1. Borang pengeluaran deposit (kalau nak keluarkan secara tunai).
3. Borang pengesahan tandangan.
4. Borang permohonan pengeluaran/penutupan.
Proses di atas boleh dibuat di PTPTN atau terus ke PTPTN One Stop Centre di KL Sentral (betul-betul di belakang bangunan Hotel Hilton, bersebelahan Poliklinik Sentral). Kedudukannya di luar bangunan KL Sentral.
Bila dah hantar lengkap semua butiran dan salinan sokongan, tunggulah sehingga 2 minggu untuk menerima wang masuk ke dalam akaun korang. Itu sahaja, senang kan.
UPDATE:
Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengeluarkan / menutup akaun sspn.
Sumber gambar dari Google.
Sumber gambar dari Google.